Newsflash

Tahukah anda: Pada tanggal 07 Oktober 2006 detik permulaan sebuah Persatuan Peminat komunikasi Radio Dua-Hala Selangor(PRADAS) diperbincangkan untuk penubuhannya.

PR Login


Login Webmail


Username:
(mel penuh anda)


Password:

Options:

  Help?

Who's Online

We have 40 guests online

User Logged

None

Gallery Random Picture

Random Pictures
Image558
Image558
Image564
Image564
4X4 Trip
4X4 Trip

Search

Highlight


Penyelengaraan Oleh:
www.xylonite.org www.xylonite.org
Home News QSO dengan cara betul
QSO dengan cara betul PDF Print E-mail
User Rating: / 13
PoorBest 
Written by PRHA   
Wednesday, 06 August 2008 15:24
Langkah yang perlu diambil sebelum dan semasa QSO

1. Memantau jaluran
  • Periksa jaluran adakah sedang digunakan atau tidak
  • Bilangan stesyen yang sedang berada di jalur
  • Tajuk yang sedang di perbincangkan
  • Penerimaan audio dan isyarat anda ketika itu.
2. Jika ingin bergabung
  • Tunggu sehingga stesyen pertama menyerahkan PTT kepada stesyen yang ke dua
  • Sebutkan callsign anda berserta dengan situasi anda ketika itu diantara waktu rehat stesyen pertama dengan stesyen yang ke dua
Contoh:
PR-ABC Base standby
  • Jangan sesekali menekan PTT untuk bergabung semasa ada stesyen sedang QSO
  • Tunggu sehingga stesyen kedua menyerahkan PTT kepada anda.
3. Cara untuk menerima PTT
Sebutkan Callsign stesyen yang memberikan PTT kepada anda dahulu kemudian barulah anda sebutkan Callsign anda. Jika callsign rakan yang memberikan PTT kepada adalah PR-XYZ
Contoh:
PR-XYZ Base PR-ABC Base returning
Setelah anda menerima PTT, teruskan QSO anda dan pastikan PTT hendaklah di rehat kan dalam masa 3-5 saat setiap kali setelah anda bercakap dalam masa 15-20 saat. Jangan menekan PTT terlalu lama, kerana ia akan menyebabkan pancar ulang akan terhenti dan apa bila pancar ulang terhanti ia akan menggambil masa antara 30 saat untuk beroperasi semuala.
4. Cara untuk menyerahkan PTT
Apabila telah habis QSO dan anda hendak memberikan PTT kepada rakan yang seterusnya atau rakan yang menyerahkan PTT kepada anda. Anda perlu menyebutkan callsign rakan tersebut dahulu kemudian barulah anda sebutkan callsign anda. Jika callsing rakan yang hendak anda serahkan PTT itu adalah PR-XYZ
Contoh:
PR-XYZ Base PR-ABC Base standsby
Anda perlu tahu dimana kedudukan anda didalam jaluran, siapa rakan sebelum anda dan siapa rakan selepas anda supaya tidak akan ada rakan yang tertinggal atau putaran akan jadi kucar-kacir.
Last Updated ( Friday, 10 October 2008 11:57 )